ALLAH s.w.t sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat. Sebagai hambaNya yang lemah kita tidak dapat lari dari melakukan dosa-dosa samada kecil atau besar, dosa yang sengaja atau tidak disengajakan, dosa yang zahir mahu pun yang tersembunyi. Jadi berusahalah untuk sentiasa berada di dalam keredhaan Allah s.w.t.
Perbanyakkan Istighfar dan lakukanlah solat Sunat Taubat yang merupakan solat sunat memohon keampunan dari Allah s.w.t supaya diampunkan segala dosa-dosa kita.
SYARAT-SYARAT TAUBAT
- Ikhlas ingin bertaubat
- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama- lamanya.
- Dikerjakan sebelum ajal tiba.
Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
- Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
- Rakaat pertama selepas membaca doa Iftitah baca surah Al- Fatihah.
dalam al-Quran.
4. Rakaat kedua baca Al-Fatihah kemudian diikuti dengan surah Al-Ikhlas 11 kali
5. Di dalam sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali
(bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala)

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
dengan hati yang ikhlas memohon keredhaan Allah.

Dan berdoalah dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
===>Nabi s.a.w bersabda: “Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah s.w.t selain dari manusia dan jin, katanya: “Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Allah s.w.t, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah s.w.t selain dari manusia dan jin, katanya: “Ya Allah Ya Rasulullah! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah s.w.t, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah s.w.t itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah s.w.t.” <===