Hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang...

Saturday 26 May 2012

Harus Memilih Kawan... =)

                                        Maaf ya kawan-kawan 'terguna' gambo korang lak..hehe  
     maafkan saiyaaa  ~(^-^)~  

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.Terima kasih sebab sudi luangkan masa baca entri saya kali ni...Semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmatNya yang luas kepada kita...Mari kita fokus tajuk entri kali ni.. =)

Kenapa kita harus memilih kawan???

Jangan berkawankan seorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau kejalan Allah kata-katanya.

Dalam satu hadith ada menyatakan: 
Seorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya,kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).     

Sufyan Astsaury berkata: Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasa seperti mereka pula.  

Sahl bin Abdullah berkata: Berhati-hatilah (jangan) berkawan dengan 3 jenis manusia :  
1. Pemerintah yang kejam  
2.Ahli quraa' yang bermuka-muka  
3.Orang tasawuf yang bodoh tentang hakikat tasawuf  

Ali bin Abi Thalib ra. berkata: Sejahat-jahat teman yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.   

Kesimpulannya....tidak salah untuk kita bersahabat...tetapi...bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan iman itu sangat bahaya sebab persahabatan itu pengaruh mempengaruhi, percaya mempercayai, sehingga sukar sekali untuk dapat melihat atau memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dan dosa kekeliruan itu, dengan itu kita pasti binasa kerananya.
  

Khas buat warga 6a1 =) ...Terima kasih sahabat.. ^^ Ana uhibbuki fillah <3  

Ya Allah 
Sahabat buat hati gembira 
Mesra kami penawar duka 
Rindu kami menambah rasa 
Rajuk kami membuah ceria 

Ya Allah 
Silaturrahim kami Ukhuwwah fillah 
Bermusuh kami Nau'zubillah 
Berpisah kami Insya Allah 
Pengubat hati doa Rabhitah 

Ya Allah 
Rahmati kami meniti usia 
Terpisah kami di alam nyata 
Temukan kami di taman Syurga 
Insya Allah...aamiin...



     




Saturday 19 May 2012

Orang Yang Meninggalkan Solat

                             


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”

Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.     

   
                                       

Wednesday 2 May 2012

(n_n)

Hati orang yang beriman sentiasa sibuk dengan zikrullah atau mengingati Allah, menghayati keagungan dan kebesaran-Nya, melihat tanda kekuasaan Allah pada setiap ciptaan-Nya. Itu akan mendorong mereka untuk memenuhi segala tuntutan akidahnya dengan cara membersihkan hati, mensucikan jiwa, memurnikan sanubari, akhirnya terbentuklah peribadi mukmin, salih dan tidak pernah lupakan Allah.