Hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang...

Tuesday 3 July 2012

Aku Hamba Yang Berdosa...

 

Ya Allah ampunkanlah segala dosaku
Ya Allah maafkanlah kejahilan hambaMu ini
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Bilakah diri ini akan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Ya Allah,
Kau pimpinlah diriku ini
Yang mendambakan CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Kau maha pengasih
Kau maha penyayang
Kau maha pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Ya Allah,
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku akan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Ya Allah,
Mata ini menangis mengingatkan dosa yang bergunung,

Ya Allah,
Takut mencengkam diri,dengan adanya dosa-dosa ini. 

[Syukur ,Syukur., Syukur, andai diri ini terlepas dari azabNya.]  


"Rasulullah SAW dengan sebiji limau''



 
  "Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.    

   Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. 

   Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.   

   Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

   Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.  


MasyaAllah betapa tinggi dan mulianya akhlak Rasulullah SAW...Insya'Allah mudah-mudahan dijadikan ikutan dan contoh buat kita semua.Aamiin...