Hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang...

Thursday 26 January 2012

APA ITU ZIKRULLAH?

Nama ALLAH itu ertinya nama yang betul nama, nama asli..nama yg berhubung dengan zat Allah...itulah hurufnya 4 sahaja...ALIF LAM LAM HA...ALLAH... 4_l_ll

Kalau kita tambah apa jua kata kerja dihadapan..atau dibelakang...itu bukan nama...itu jadi pekerjaan/penceritaan..
Contoh..:  HU ALLAH (dia yg mulia) ALLAH HU (allah yg mulia) LAILAHAILLALLAH (tiada tuhan melainkan allah) ALLAH HU AKHBAR (allah kemuliaan yang teramat)SUBHANALLAH suci dengan nama allah)ARRAHMAN (allah maha pengasih)ARRAHIM(allah maha penyayang) ARRAZZAK (allah pemberi rezeki) dan sbgainya...

Semua sebutan diatas BUKAN ZIKIR AMANAH(amalan)...tetapi zikir pujian...
selagi kita tak laksana zikir amanah umpama kita tergolong dlm golongan org2 yang rugi....jadi disingkatkan...nama ALLAH itu ALLAH sahaja. tidak boleh di tambah atau dikurangkan walau satu huruf.
jadi sebutan zikir itu ALLAH... dimana tempat nak sebut ALLAH? 

Ini penting... sebutan dilidah wajib disebutkan beserta nama dan kata kerja...cth sebut ALLAH HU AKHBAR 33X SUBHANA ALLAH 33X..LAILAHAILLALLAH 33X ke 1 kali ke, 99 kali ke 70 000 kali ke tak kisah...selagi sebutan dilidah mesti ditambah dengan kata kerja...haram sebutan allah dilidah 33X.. atau sebutan allah dilidah 99X... haram...ini martabat makhluk lain (JIN) bukan manusia....
                   
Kalau buat kita panggil jin...Jadi dimanakah tempat sebutan ALLAH itu? tempatnya ialah :IQRAQ BISMIRABBIKAL LAZI KHOLAK : sebutlah nama allah yg menjadikan (ALLAH). menjadikan manusia dari HATI (tempat sebut allah itu dihati, baru martabat manusia) 

firman ALLAH lagi... "wazkuruni rabbaka fi nafsika tdarruan" SEBUTLAH NAMA ALLAH DI HATIMU. DENGAN PERASAAN TAKUT, TIDAK PULA MENGERASKAN SUARA (SEBUT MCM SEBUT NAMA KEKASIH) SEBANYAK2NYA...PAGI DAN PETANG... [AL-ARAF : 205] 

zikir allah itu RUKUN ISLAM PERTAMA..iaitu AMALAN SYAHADAT
syahadat yg kita lafaz itu LAFAZ namanya... mana amalnya? AMAL SYAHADAT ITU ADALAH ZIKIR PERJANJIAN AMANAH..IAITU menyebut ALLAH>>ALLAH>>ALLAH tidak putus2 sebagaimana kita didalam perut ibu dulu dah berlatih dengan sebutan ini selama 4 bulan setengah...

kalau tak nak buat zikir boleh...tapi jadi ahli neraka..allah cakap terang aje...takda kias2 dalam hal ini "fawailul lil khosiah kulu buhum min zikrillah ula ika fidhola limmubin"... neraka wailul itu untuk orang yg keras HATInya diulangi HATINYA dar ZIKIR ALLAH (dalam bahasa arab ZIKRULLAH)...MEREKA SESAT YG NYATA suratuzzumar ayat 22.. 

dan allah kata lagi... faansahum zikrullah, ula ika hisbusysaitan... "mereka lalai dari ZIKIR ALLAH, MEREKA ITU SEGOLONG DENGAN YSAITAN" [surah almujaadilah : 19] 

kafiat amal amalan syahadat ni wajib ambil baiah..sebab rasullullah pun berbaiah...tak boleh ambil dari FB..kene berguru dgn guru yg ada pertalian dengan rasullullah
zikirnya mudah..allah..allah..allah hidupkan dihati..kata rasullulah amalan syahadat (''lailahaillallah muhammadar rasullullah, fi kulli lam hatin wanafasin adadama wasiauhuh ismullah") maksudnya.. amal syahadat itu setiap kerdipan mata, setiap turun naik nafas, menyebut-nyebut nama ALLAH (dihati)...hukumnya wajib bagi INSAN... nak jadi makhluk lain tak wajib. 

dah baut zikir ini...dah betul zikir ini..tandanya ialah CAHAYA KALIMAH KEDALAM HATI...yg ni tak da jin boleh masukkan...jin boleh masukkan CAHAYA..tapi jin tak dapat main-main dengan huruf ALIF LAM LAM HA yg bercahaya...kedalam hati
allah disampaikan kepada malaikat IZRAEL yg memasukkan cahaya IMAN kedalam hati. rasullullah pun tak dapat masukkan cahaya INI...

pasal rasullullah itu pembawa berita, pembawa khabar, yg menunjukkan jalan yg lurus.. IMAN itu allah yg masukkan.. bukan JIN.
balik kepada pesan orang tua-tua,,banyak2 lah bismillah kalau nak buat apa jua pekerjaan...maksud bismillah itu "bermula hati menyebut allah..allah..allah (bismillah)...mendapat kasih sayang Allah... (arrahman dan arrahim) ....bila dah jadi kekasih allah, tenang sahaja semua hal...rezeki pun senang....tak rosak2...tak de kene cukai balik...allah pelihara...apa nak lagi?

buatlah amalan syahadat ni... ini lah amalan yg ditunjukkan rasullullah...dah buat ni..sampai nampak cahaya, baru elok solatnya... zikir ini bab kusyuk., kusyuk ini membawa kepada solat yg kusyuk....bukan dalam solat nak cari kusyuk....cari kusyuk diluar solat
nama pun amalan syahadat rukun islam pertama...bab belajar bina tapak nak dirikan rumah..dah ada tapak baru pacak tiang (tiang agama tu solat..nama pun TIANG bukan tapak)

MEMELIHARA DAN MENJAGA MARTABAT INSAN




SESUNGGUHNYA Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan kelengkapannya sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), kami kembalikan dia kepada serendah-rendah peringkat orang yang rendah. (At-Tin : 4-5).

Huraian:

Manusia berbanding makhluk Allah s.w.t. yang lain, adalah sebaik-baik kejadian. Mereka dibekalkan dengan akal dan nafsu, yang bersesuaian dengan peranan mereka sebagai khalifah yang diamanahkan untuk beribadah dan memakmurkan bumi.

Dengan akal, manusia mengenal Allah s.w.t. Yang Maha Besar, mengkagumi ciptaan-Nya dan mengambil manfaat daripadanya untuk memenuhi keperluan hidup mereka.

Jika kita luaskan pandangan ke seluruh dunia, kita dapat melihat bagaimana tahun demi tahun, ada saja penemuan dan penerokaan baru oleh manusia.

Dengan akal juga manusia membangunkan ekonomi, infrastruktur, peraturan dan undang-undang agar kehidupan di dunia ini berjalan dengan baik.

Akal juga memandu manusia dalam menilai sesuatu yang baik atau buruk. Akal jugalah yang menjadikan diri kita manusia yang amanah atau manusia yang khianat.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa manusia jugalah yang melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.

Keghairahan mereka untuk mendapat kehidupan yang sempurna menjadikan mereka golongan yang bertuhankan nafsu.

Manusia meneroka sains dan teknologi tetapi sayangnya digunakan untuk berperang, manusia juga mengkaji alam, flora dan fauna tetapi mereka jugalah yang menyebabkan ekologinya musnah sehingga terjadi bencana, manusia membangunkan keperluan sosial, malangnya mereka menggadaikannya dengan kemuliaan insan sehingga berlaku keruntuhan akhlak dan moral.

Bukankah Allah s.w.t. telah menyebut dalam ayat di atas bahawa jika manusia menyalahgunakan segala kurniaan Allah s.w.t. kepada mereka, maka Allah s.w.t. akan merendahkan martabat mereka ke peringkat yang hina.

Justeru, ambillah iktibar daripada pesanan Allah s.w.t. ini dan peliharalah martabat insan yang diamanahkan kepada kita selagi hayat dikandung badan.

#Akal kurniaan Allah s.w.t. bukan sahaja boleh membezakan antara kebaikan mahupun keburukan tetapi juga membangunkan dunia dengan kemajuan. Panduan ditunjukkan di dalam al-Quran dan sunah Nabi s.a.w.